Tuesday, 15 November 2016

Nutriferon Shaklee, perisai sistem imunisasi!

Bismillah Walhamdulillah~

Hari ini, Ummi nak berkongsi dengan semua tentang salah satu produk Shaklee yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imunisasi kita iaitu Nutriferon. Sistem imun merupakan sistem pertahanan badan yang sangat kompleks. Ia mempunyai satu misi sahaja iaitu untuk membunuh  atau menghalang patogen daripada memasuki sistem pertahanan badan kita. Jika dilihat di dalam struktur tubuh badan manusia, ia terdiri dari banyak sel, tisu dan organ, yang terlibat untuk mempertahankan tubuh badan dari jangkitan patogen. Patogen merupakan benda yang mengakibat jangkitan dan penyakit pada tubuh badan kita contohnya virus, bakteria dan fungus.

Selepas pemeriksaan, pengujian dan menilai ribuan sebatian dan lebih daripada 200 herba yang berbeza, Dr. Yasuhiko Kojima, immuniologist terkenal telah menemui interferon pada tahun 1954. Selepas 40 tahun penyelidikan yang berdedikasi, beliau berjaya mengasingkan campuran proprietari ekstrak tumbuhan berkuasa yang diperolehi daripada biji labu, bunga safflowers, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang didapati boleh meningkatkan badan pengeluaran semulajadi interferon. Dengan kejayaan ini dalam sains sistem imun, ia kini dapat membantu untuk meningkatkan sistem imun anda secara semulajadi dan selamat, setiap hari!




Nutriferon meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi dalam badan, sebagai pengaktif kritikal sistem imun. Kajian klinikal menunjukkan bahawa campuran proprietari semulajadi ekstrak tumbuhan boleh meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi dalam badan dan menyediakan sokongan imun pada tahap sel.

Interferon adalah protein khas yang memainkan peranan yang penting dalam merangsang sistem imun badan anda pada tahap sel. Ia membantu sebagai perisai untuk badan anda daripada jangkitan. Melindungi diri anda dengan interferon setiap hari! Interferon perisai semula jadi penting badan. Para saintis dan komuniti perubatan telah dikenal pasti interferon sebagai komponen utama ke arah yang lebih sihat fungsi imun.




Nutriferon adalah campuran fitonutrien dengan mineral dan ekstrak tumbuhan yang telah dipatenkan yang berfungsi untuk menyediakan tahap tinggi harian imun perlindungan. Ianya adalah produk yang bebas toksin, selamat (ultimate safe) serta terbukti secara klinikal untuk meningkatkan pertahanan dalaman badan. Saban hari kita terdedah dengan pelbagai faktor yang tidak sihat seperti pencemaran udara, air, tabiat pemakanan yang kurang sihat, tekanan hidup serta keletihan yang melampau boleh mengakibatkan sistem imun yang tidak seimbang.


Perisai mudah, untuk seisi keluarga! :)

Semenjak berkenalan dengan Nutriferon, Ummi akan pastikan stok Nutriferon kami sekeluarga wajib ada sebagai langkah untuk memastikan sistem imunisasi sentiasa berada dalam keadaan yang sebaiknya. Seandainya anak demam, atau ada yang selsema, pening kepala mahu pun cirit-birit, Ummi akan pastikan Nutriferon juga turut diambil berselang dengan ubat klinik agar cepat sihat kembali. Jika sakit pun, insyaAllah tidak mengambil jangka masa yang lama.




Oh ya... Bulan November 2016 ini, Shaklee menawarkan diskaun 5% untuk pembelian setiap 2 kotak Nutriferon atau pun FREE 1 kotak Nutriferon apabila anda mendapatkan 6 kotak Nutriferon dalam satu pembelian! :) Tawaran terhad sementara stok masih ada yaaa~~~ Penjimatan berganda sebagai langkah berhati-hati untuk meningkatkan sistem imunisasi sehingga tahun hadapan kerana 'expiry date' Nutriferon ini pada tahun 2017!


Hanya perlu koyakkan 1 sachet saja~ :)


Thanks for reading!
Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef Arsyad! (>_<)

Aina Fazlina Mistiran
0132928871

Friday, 7 October 2016

Nutriferon Shaklee perisai untuk anak muntah akibat salah makan

Assalammu'alaikum~ =)

Alkisah Ahad lepas, Aleef Arsyad tersilap makan yang mengakibatkan muntah secara tiba-tiba jam 1 pagi. Semua pun terkejut. Habis keluar segala isi perut melambak-lambak di atas tilam. Usai kemas, sebelum tidur, Ummi berikan 1 sachet Nutriferon Shaklee, minum air masak, sapu minyak berangin di perut biar rasa selesa dan tukar tempat tidur. Ingatkan cuma seketika, rupanya dia muntah lagi! Kali ini, segala air yang dia minum termasuk Nutriferon Shaklee tadi keluar kembali. Terus ummi dan abah buat keputusan untuk ke klinik.



Nak dijadikan cerita, waktu itu kami di kampung abah dan siangnya cuti Awal Muharam. Meredah jalan dari Ayer Hitam ke Batu Pahat, walaupun klinik tulis 24 jam, tapi semuanya tutup. Destinasi terakhir, ke Emergency Unit di Hospital Pantai Batu Pahat. Dalam perjalanan yang jauh, masih lagi mahu muntah. Tapi ummi dah standby kain awal-awal. Berganti kain jugalah akhirnya. Mujur sewaktu di hospital rasa muntah semakin reda.

Setelah doktor yang bertugas periksa, kata doktor memang perutnya berangin banyak! Bila disenaraikan makanan yang diambil, semuanya normal kecuali air yogurt. Bukan tidak pernah makan yogurt, tapi mungkin kali ini perut tidak serasi. Ditambah pula banyak bermain, makan sikit-sikit tapi pelbagai jenis. Lasak bermain di kampung, memang ke sana sini bermain dengan cousin yang ada. Mujur doktor kata anak syurga ummi ni nampak cergas dan tidak dehidrasi. Jika muntah sehingga lesu tidak bermaya, lidah kering, itu adalah petanda anak perlu dimasukkan ke dalam wad untuk drip air.

Alhamdulillahhhh… Lega hati ummi & abah. Tak dapat bayangkan jika perlu di ‘warded’ di kampung halaman abah. Sukar juga untuk berulang-alik kerana lokasi hospital yang jauh. Jam 3.20 pagi bertolak pulang dari hospital, ummi seakan mamai bila tiba di rumah jam 4 pagi mungkin... Dan sebenarnya, sampai di rumah, beberapa kali juga Aleef Arsyad bangun minta air masak untuk minum. Mungkin perut yang kosong membuatkan dia terasa haus. Abah yang berjaga, ummi dah sampai ke bulan…

Pada ummi, Nutriferon Shaklee yang ummi berikan lepas muntah pertama kali itu sedikit sebanyak membantu Aleef untuk bertahan. Nutriferon Shaklee ini bertindak sebagai “immune booster” bila sebarang penyakit melanda. Sebelum ini, ummi pernah berikan mak Nutriferon Shaklee bila cirit-birit. Alhamdulillah perut terasa lega dan tiada lagi cirit-birit. Pengalaman ummi sendiri, jika selsema yang terlampau dan tiada Vitamin C diwaktu itu, 1 sachet Nutriferon Shaklee mampu membantu untuk meredakan hidung yang gatal dan tidak selesa.



Antara faedah Nutriferon Shaklee:

~ Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

~ Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

~ Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.


P/s: Tips untuk travel ke mana saja, Ummi akan pastikan Nutriferon Shaklee di bawa ke mana saja sebagai bekalan untuk kami sekeluarga. Berjaga-jaga sebelum terkena lebih jimat dan selamat, insyaAllah~ =)


Thanks for reading!
Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef Arsyad! (>_<)

Aina Fazlina Mistiran
0132928871

Monday, 1 February 2016

Anak tantrum? Jom ke program Managing Children’s Behaviour!


Bismillah Walhamdulillah~

Pernah tak anda mengalami situasi begini; 

Anda ke program untuk menuntut ilmu bertajuk: Managing Children’s Behaviour. Sepanjang program anda fokus untuk mengetahui bagaimana untuk menangani masalah kanak-kanak / anak anda mungkin, yang telah anda hadapi tanpa mengetahui bagaimana untuk mengatasinya. Perkongsian demi perkongsian serta tips-tips diberikan. Tiba-tiba, salah satu daripada perkongsian tersebut menceritakan bagaimana kanak-kanak berubah tingkah laku dari jenis A ke jenis B. Contohnya dari jenis pendiam kepada jenis "outspoken"! Dan situasi tersebut amat sinonim dengan apa yang anda lalui dalam kehidupan anda semenjak dari kecil dahulu hinggalah dewasa. Dan kini, barulah anda tahu bagaimana dan apa jawapannya! Haaa… Menarik bukan?

Starting the program with full swing energy to share! :)

Ya… Itulah yang saya alami apabila menghadiri program “Parenting Talk With Dr. Putri Afzan Maria". Dan situasi di atas, hanyalah contoh. Kisah yang sebenar adalah rahsia eksklusif milik saya saja hehe... Tapi fokus saya untuk saya kongsikan pada semua adalah, niat datang program ini untuk mencari ilmu dalam persediaan mendidik anak-anak. But turn out to be, saya pun dapat jawapan atas apa yang saya lalui sepanjang proses kehidupan saya dari kecil sehinggalah bergelar seorang ummi kini. Seronokkan menimba ilmu milik Allah ni?

Tanggungjawab sebagai ibubapa ini sebenarnya berat kerana kita memikul amanah Allah untuk mencorakkan anak-anak yang lahirnya ibarat sehelai kain putih. Kita yang akan mewarnakannya mengikut acuan didikan kita. Lemah-lembutnya kita, insyaAllah anak juga bakal mewarisi perangai yang sama. Baran dan suka menjeritnya kita, anak-anak juga akan membesar menjadi seorang yang cepat marah, suka menjerit dan lebih kasar dari kanak-kanak biasa. Kerana apa? Kerana anak-anak ibarat span yang menyerap apa saja yang berada di hadapan mereka.



Mengapa anak-anak tantrum? Suka menjerit?

Mengapa anak-anak suka baling barang?

Mengapa anak-anak tidak mendengar kata?

Mengapa kita sebagai ibu bapa stress dengan tingkah laku anak-anak?

Bagaimana kita sebagai ibu bapa bertindak untuk berhadapan dengan mereka?


Percaya atau tidak, Dr. Afzan berkongsi dengan kami semua;

"Untuk anak-anak yang mempunyai IQ tinggi, sekurang-kurangnya kita perlu mengulangi sesuatu perkara itu sebanyak 250 kali!"

Contohnya, untuk mengajar anak-anak menghargai dengan menyebut “Thank you” atau Terima Kasih apabila menerima sesuatu yang mereka suka. Maka kita perlu ulang sebanyak 250 kali! Bagaimana pula jika anak-anak kita jenis sebaliknya? Lihat betapa banyak kali proses pengulangan perlu dilakukan sebelum kita buat kesimpulan: “That’s it! Tak dengar kata anak aku ni…” Merbahaya bukan? Kata-kata itu satu doa. Sebelum kita membuat kesimpulan, adakah kita mempunyai ilmu ini bahawa kita perlu mengulanginya banyak kali? Itu baru satu perkara dari banyak-banyak perkara.

Mengapa anak-anak berkelakuan tidak sepatutnya?

Kerana mereka tidak dapat apa yang mereka mahu.

Bagaimana terjadinya situasi anak-anak bertindak agresif apabila mereka tidak dapat apa yang mereka mahu kan? Bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya? Ini pun menarik juga lebih-lebih lagi apabila kita berhadapan dengan anak-anak yang akan meraung, meronta-ronta, berguling-guling di atas lantai dalam shopping complex apabila mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Perlukah untuk kita marah atau memalukan mereka di khalayak ramai? Bagaimana untuk mengalih perhatian mereka tanpa menjanjikan apa-apa yang sememangnya kita tidak mahu beri?

Amacam? Banyak tak perkara yang kita perlu tahu? Ni baru isi-isi program Dr. Afzan di awal rancangan saja. Belum lagi masuk bahagian anak-anak yang sering menangis bila baru mula darjah satu walaupun dah sebulan persekolahan bermula. Apakah teknik yang terbaik serta sesuai untuk menangani tingkah laku anak-anak mengikut umur mereka?

Pernahkah anda mengenali yang mana satu jenis anak-anak anda?

Secara kesimpulannya, saya wajibkan diri saya dan sesiapa saja yang bergelar ibu bapa di luar sana untuk hadiri program ini di masa akan datang. Bila kita mempunyai ilmu, insyaAllah tindakan kita berlandas teknik yang sepatutnya. Bukan sekadar melakukan apa yang kita warisi dari apa yang ibu bapa kita amalkan dahulu. Sama ada betul atau tidak konsep mereka dahulu, berjayanya atau tidak kita hari ini sebagai seorang anak, biarlah ianya berasaskan ilmu untuk kita berusaha mendidik anak-anak di zaman yang lebih mencabar dengan kecanggihan teknologi hari ini. Anak-anak bukanlah pertaruhan untuk kita cuba, try, test atau run and error. Mereka adalah amanah terindah kurniaan Allah SWT untuk kita semua, insyaAllah~ =)

 Credit goes to FB Page: Meet: Afzan Maria - The Early Childhood Practitioner

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur: Instagram - @bloomingyears, @earlylearningshopmy & Dr. Afzan sendiri (@putriafzanmaria) di atas perkongsian yang Subhanallah, tak terkata banyaknya ilmu yang diterima hari ini. I've found my Happy Heart! Alhamdulillah~ =)
Kerana buku Tales of Mothers, saya mengenali Dr. Afzan Maria! =)
(Ada kisah sebenarnya, insyaAllah saya kongsikan nanti~)


Bersama Ain + baby Nik Ahmad Firash yang sangat behave dalam program~



Tahukah anda;

"Minima pelukan kasih sayang yang anak-anak perlukan setiap hari adalah sebanyak 17 kali?"


Thanks for reading!
Sehingga berjumpa lagi! (",)

Salam sayang dari Ummi si Aleef Arsyad! (>_<)